Thursday, April 9, 2009

27 February telah berlalu..






27 february mcm baru semalamja..mcm x percaya.kekadang setiap kali bangun tidor rasa mcm mimpi ka betul.Reality or maya. Abah dah tinggalkan semua fitnah dunia,sekaligus ke alam lain.

Ptg jumaat lepas habis exam Diet Therapy2. It is such a relieve because my lecturer comfort me and cared about me. Sister Aflah memang caring. Setelah seminggu pulang,baru ptg tu sempat jumpa dia. Dia pegang erat tgnku,menghadiahkan api pembakar semangat. Trima kasih kak...

That night, i have to struggle for tomorrow's exam. However, i do sense the uneasiness to breath.Rasa mcm sesak nafas seolah-olah ada benda x elok would happen. Tepat pukul 11.30 i notice my mom's missed call. so i call her back. Mak,mcm biasa,seorg ibu yg cukup positif dan penyabar, idolaku (Ya Allah,jadikanlah aku sebaik ibuku semuanya adalah krn MU). dia mulakan pertanyan"kak ada exam ka esok? pukul berapa?".........."em,abah nampak penat teruk"........"xpalah,kalau exam.Ada apa2 nanti mak cl esok bgtau".........terus hatini,xtergambar gempa yg melanda,tsunami yg mengharung. waktu tu, buku ku tolak ketepi. aku hanya ada satu benda yg nak dibuat. Beli tiket!

Tapi hasil perbincangan dgn farah kat bilik bawah buntu.Mana ada bas mlm mlm ni. Ya Allah.Ya Allah.Ya Allah. tp hatiku dah tekad.aku mesti balik..rasanya mcm nak terbangja balik.dan akhirnya gelombang mindaku yg positif nak balik membawa aku ke bilik rusyda. dia junior yg baik dan penyayang.aku sepatutnya malu dgn dia, dia lebih layak digelar kakak krn lebih matang. Rusyda tlng carikan tiket fireflyz, mas dan apa ja yang boleh. dan semestinyalah nak awal pagi,seawal pagi itu jugak. kalau naik bus, 12 jam.bus paling awal boleh dapat 9 pagi esok.masakan sempat..aduh.tetiba aku dpt call dr mak sekali lagi. dan kalini nada mak sudah menceritakan segalanya...aku hampir tak terjijak di bumi ini..

Ya Allah.Aku bersyukur disaat aku sedih diKau hadirkan sahabat2 yang ikhlas membantu.Tak termampu aku nak pijak bumi mu ini,lagilah tak termampu untukku hadapi ini jika Dikau tidak hadir sama. Ya Allah,peluklah daku,dakaplah daku,aku ....aku x terdaya tanpa diKau..aku dah takda apa apa melainkan Engkau..Seluruh cintaku pd sang ayah inginku ceritakan pdMU....aku rindu dia..didunia ini,hanya abah yg terlalu sygkan aku....dia contoh abah yg terbaik..pemergian dia menginsafkan aku...inilah penyaksianku sepanjang hidup...dan dari penyaksian itu,aku rayu ampunilah dia...

seawal pagi 5.30 am kami(fizah-driver,kak sarah-tempah tiket & farah-mak farah drivekan aku dr penang ke sp) sampai di pintu gate lapangan terbang kuantan. trima kasih pd semua.pada muni,dayah,nawa,suhaili,nadi,klah,sal dan semua shabat2 yg sy syngi......flight depart 6.30 am and transit di klia.pukul 9 lebih baru depart dr klia ke penang.sepanjang perjalanan,aku dikirimkan dgn banyak mesej dr kawan2...hatini tetap menangis...mata ini masih basah...aku pasrah.

kini, lagu itu masih berkumandang.Setiap kali ia dimainkan,ia mampu menjentik hati nuraniku..siapalah aku disisiMu Tuhan...Jika diduniani,org yg paling cintai daku sudah tinggalkan ku, tp daku mengharapkan di akhirat agar ada yg sygkanku,cintakanku...diKau yg ku damba..dan lagu itu sekali lagi memerah kelenjar lacrimalku yg tegar sebelum ini.....

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu indah tapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Tanpa...
Cintamu aku resah
Tanpa...
Kasihmu aku hampa
Tanpa...
Dirimu aku mati
Hooo...

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Aku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Dan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
Hooo...

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Wednesday, February 11, 2009

MELODI JIWA

MELODI JIWA

Segala yang ada dalam hidupku
Kusadari semua milikMu

Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa

Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
Ku memujaMu di setiap waktu

Hanyalah padaMu
Te
mpatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu
Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena…
Kutahu…

Hanya Engkau…
Tuhanku…

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
KumemujaMu di setiap waktu

Hanyalah kepadaMu
Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
KumemujaMu di Setiap Waktu

Tertutup sudah pintu .. pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku

Kuharus relakanmu walau aku tak mau

Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh bergening menjauh pergi
Takada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

Dengarlah matahariku suara tangisanku
Kubersedih kerna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukan waktu

Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh bergening menjauh pergi

Takada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi


Laguni kerap berkumandang di corong computer ribaku.Berulang-ulang,tanpa jemu.Itulah diriku,SETIA.Sekiranya aku dah syg,aku aku menjadi sang pencinta yg teramat setia.X jemu,x bosan....

Dah tiga hari aku x tenang yg teramat sgt.Ku akui jantungku telah kian lama x normal. Dengupan jantungku memang terlebih kerja dari org biasa.

“dia ni..jantung berdengup kuat dari biasa, seorg yg selalu panic”—laporan Ustaz Nasir pengamal perubatan radionic analysis mars III memang menepati ECG Dr Rosli yg memperdengarkan lebihan dengupan jantungku suatu ketika dulu.Sudah kunormalkan diri ini akan ketidaknormalanku itu ...Namun kali ini, kencangnya degupan ini betol2 mengganggu..Oh Tuhan.Semalam aku jadi lebih tenang bila aku pujuk diri ini supaya melepaskan...melepaskan sesuatu yg bukan milikku yg haqiqi.

Segala yang ada dalam hidupku
Kusadari semua milikMu
Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa

Aku rela lepaskannya, dengan harapn menggunung, andai ini kafarah dosa, sucikanlah dia ketika dia ikhlas nak berjumpaMu...Benarkanlah...benarkanlah...Tetapkanlah kami dlm iman. Aku rela dia yg ku sygi itu ,,,,yang menatangku bagai minyak yg penuh itu.........Ya Allah, ku yakin kau teramat menyayangi dia,,, benarkanlah naluriku ini...sekali lagi berkumandang melodi laraku;

Dengarlah Matahariku suara tangisanku
Kubersedih kerna panah cintaMu menusuk jantungku
Ucapkan Matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukan waktu

Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh bergening menjauh pergi

Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

Dan kali ini..aku teramat lemah.Tika anggota paling tinggi darjat itu ku tundukkan pada darjat paling rendah….aku kembali menjadi anak kecil. HILANG ARAH..Menarik-narik kain ibu,merenggek merayu ditunaikan hajatnya, makin lama tidak ditunaikan makin menjatuh, makin lama x di sempurnakan hajat maka makin menduduk,makin lama keinginan tidak menampakkan cahaya maka makinnya menyembah bumi, dan ketika itu aku x mampu bangun balik krn aku seolah2 telah merajuk.,Aku merajuk untuk tidak menunjukkan mukaku pd dunia ini buat sementara…. Biarlah aku menekapkan mukaku sekejap...“rajuk si anak kecil akan dipujuk oleh ibunya”— teladan yg ku kagumi pd semua ibu misali.. Namun rajukku lebih dari segala galanya….Hanya Dikau PEMILIK kuncinya.

Harini, mak dan adik-adik Alhamdulillah sihat. Abah pulak sakit lidah krn terpepak lidah masa makan. Dah 3 hari tapi masih tak sembuh lagi. Pada usia tua, beserta imunisasi yng agak lumpuh dek kerja AML dan angkatan tenteranya, semestinyalah system recovery terbantut. Begitulah hakikat pesakit cancer, any small possibilities could risk to death. Walau sekecil itu? Ya kawan-kawan sekalian, jarang sekali kita perasan berapa kerap kita pernah terpepak lidah sebabnya kita cepat sembuh. Tapi apabila terpepak,terasa amat sakitnya, sampai ada yg rasa geram menyumpah macamana boleh berlaku kecuaian itu. Sudu atau makanan dipersalahkan. Kita mungkin akan lebih bersyukur apabila mengetahui ada org yg terpaksa tanggung kesakitan itu untuk jangka masa yg lama.Hargailah ketika mana kita muda & sihat. Bersyukurlah krn kita ada nikmat sihat & sakit yang hanya sementara. Terkenang memori lama selepas my father’s first chemotherapy. He happended to have large cut/bleeding on large bowel without any reason. And on his sick bed, in front of our bed room, he layed there. Crying all the time..Kesakitan yang teramat sgt..Oh kenapa aku dikurniakan kebolehan melihat tanpa mampu meringankan beban abah? Biarlah aku yang tanggung tuhan. Dah banyak mereka tanggung kesusahan. Cukuplah dgn kesusahan membesarkan kami…Kesal dgn kejahilan itu…


Selawat yang pernah kuajarkan untuk abah baca.Abah begitu tekun membaca dan menghafal. Semangat dia memang kuat. Keazaman dia sungguh kuat untuk anak2. Teringat ketika mak& abah menghantar aku dtg Kuantan, adikku ke Shah Alam. Di pura purakan yang dirinya sihat walhal badannya masih berperang dgn bibit-bibit virus jentera AML buat fasa yang kedua. Degil dan memang degillah virus ini. Namun, Ya Allah, Engkaulah pelembutnya..Jahilnya diri ini,jahilnya dunia perubatan, jahilnya dunia yang fana. Namun dikaulah yang pembuka jalan Hidayahnya.Penawarnya ada namun manusia masih buta…Terasa kerdilnya diri ini untuk mencari ilmu sedikit itu pun aku x mampu. Ampunilah anakmu ini. Hanya doa sahaja senjata kami. Hanya Allah sahaja dapat membantu kami. Pergantungan ini adalah hakiki…bersambung.

Tuesday, February 10, 2009

Em..sedapnya!

Iklan Jualan Kek.
Updated! Saya dgn sukacitanya merasmikan blog ini sbg salah satu channel untuk promosi kek- kek yang terhangat di hati para pelanggan.


Boleh memeriahkan majlis hari lahir anda, kejutan untuk yang tersayang pasti tidak bosankan lagi kerana pengusaha kreatif dan arif untuk mengenakan pelbagai dekorasi yang menarik.Malah pembukaan blog ini diharapkan dpt menjadi sumber ilham yang dicari2 selama ini sebagai hantaran anda buat yang tercinta.

Pengusaha adalah Encik Mahathir-0129272978 dan isteri Rafiza-0176481819 di Putrajaya. Perusahaan dijalankan secara kecil2an dari rumah di Putrajaya.Beliau merupakan chef kek di sebuah hotel di sana. Mula mengusahakan kek sejak 10 tahun dahulu.

Antara jenis2 kek yang mendapat sambutan adalah kek chocolate moist.Ianya mempunyai tekstur yang lembap dan unik,malah memiliki rasa yang sedap krn tidak terlalu manis dan pahit. Kek ini selalunya diperbagaikan dgn pelbagai dekorasi cetusan kreatif pengusaha. Blueberry & cheese kek juga mendapat sambutan krn rasa yg enak malah cantik.Antara lain, muffin,carrot cake, cup cake dan sebagainya. Buat yang pernah membeli,insyaallah pasti berpuas hati.

Buat pengemar kek di area Bangi,Seri Kembangan,Putrajaya, Putrajaya, dan Serdang ada semestinya bertuah kerana lokasi pengusaha adalah berdekatan.Jgn sia2kan peluang ini. Pengusaha mengenakan charge penghantaran mengikut jarak bagi di luar kawasan.Namun, kami teramat mengalu-alukan pelanggan kami.Siapa cuba dia yang tahu. Silalah order melalui no yang tertera di atas. Kami mahukan feedback dari anda untuk memperbaiki perkhidmatan kami. Di sini ada disertakan gambar sample2 kek yang pernah dibuat terdahulu.Enjoy

Saturday, February 7, 2009

"SELAMAT HARI LAHIR MAK"



Tanggal 7 feb, genaplah hari lahir mak yg ke 51.Alhamdulillah.Tapi tiada apa2 sambutan mcm org lain.Malah mak tak mengharap apa2 kejutan pun.tapi mak mengharap keajaiban..Dan, bgai rutin, kukira harini jauh nun di utara sana mak berulang alik ke wad.Menjaga suami tercinta. SEMOGA MAK SENTIASA KUAT & TABAH DISAMPING TIDAK MENGABAIKAN KESIHATAN SENDIRI.....

Harini, hingga ke ptg baru pihak HSP nak tambah platelet. Result semlm menunjukkan platelet abah tak naik walau dah tambah darah.aku, di pantai timur hanya mampu berdoa..keyakinan ku penuh dan ku damba benarlah kiranya ini yg terbaik ,berdoa dari jauh-doa org yg jauh lebih afdal,benarkanlah ini Tuhan.. hati aku berdebar debar setiap masa.Tiada seri diwajah ni. Oh Tuhan,damaikanlah hati ini. Aku rasa nak ja terbang pulang tapi mak halang. Maka handphonela sahabt sejatiku skrgni.

Masih terngiang ngiang 5 tahun dulu. Ketika mana aku masih di matrik pd hari Academic Excellent Award bertempat di sebuah hotel di PJ. Waktu tu paling obvious abah nampak sakit,pucat,bergetar.tapi abah gagahkan jugak dtg dgn mak.Aku serba salah. Ketika org lain sronok makan sefamily dimeja makan, abah nampak smakin terok…mak minta abah berehat di bilik hotel,aku x terjamah makanan,aku rasa mcm nak muntahja. Inginku teriak,aku sanggup tukar gantikan anugerah ini dgn kesihatan mak/abah…aku dah banyak hilang pertimbanagn,tapi ada yg sedarkan ku..terima kasih.

"Ya Allah,jgnlah engkau hukum kami jika kami lupa atau salah.Tuhan jgn bebankan kami dgn bebanan yg berat sprt telah engkau berikan kpd umat yg terdahulu dari kami. Ya Allah jgn pikulkn kami bebanan yg x sanggup kami pikul. Maafkn kami,ampuni kami. Fansurna alal Qaumizzaalimin."


Lukemia. First time aku dengar ttg ia masa sekolah rendah, selang beberapa bulan masuk darjah satu di SR Syed Jan Al Jefri,adalah berita budak kelas belakang yg meninggal krn Leukemia.Kesian,family dia miskin dan x mampu. Kali ke seterusnya masa matrik, kebetulan pulak tajuk EAP aku,yg aku obsess sgt ialah “umbilical cord blood transplant for leukemia treatment in comparison to convensional bone marrow transplant”. Waktu tu aku semangat sgt encourage pregnant ladies to preserve tali pusat bayi masa delivery untuk kegunaan masa depan anak2 yg mungkin sakit leukemia. Dan kali terakhir aku dan family pernah tengok Autumn In My Heart bersama sama. (Buat yg belum tengok,ingiku recommendkan because it has good family value which we are lacking in most family nowadays). Waktu tu aku mengangis sekdar menyelami cerita.tapi skrg tangisan ku lebih drpd itu. Aku sendiri adalah pelakon dlm cerita tu.Tangisan,kedukaan krn mengalami sendiri apa perasaan yg sebnarnya..

Skrg hakikatnya dah banyak cycle Chemoterapi abah dah buat dan abah dah tak boleh buat lagi chemo sbbnya keadaan badan terlalu uzur.bagi aku, Lukemia AML ni terlalu degil, dia acute (drastic) and always reoccurred,relapse or apa2 yg sewaktu dgnnya..itulah antara pesanan Dr Abu Dzar (HUSM)sewaktu melepaskan abah untuk pulang suatu ketika dulu. Pesanan yg pedih,tajam,sakit, tapi tak seteruk sakitnya abah tanggung setiap kali kena Chemo,setiap kali kena tadah tulang belakang untuk bone marrow test dan setiap kali doctor tak dapat detect apa punca complication yg abah alami, which is seluruh badan abah ditebuk sana sini.

Setahu aku AML ni blast of leukocyte yg inmatured and tersebar diseluruh pheripheral blood. It would attact our bone marrow which is the central of our blood factory. Which result in suppress RBC,platelet( blood cell). Sbb tu abah kena tambah darah. And now procedure nak dptkan darah is very critical due to limited availability of blood. Hanya berdoa shj lah agar sesuatu miracle could happen that we would not have to be dependent on blood bank anymore.

Selain itu, kami sentiasa berusaha dan berusaha.Kalau nak disenaraikan, banyak sgt ubat yg abah dah telan demi percayakan positif feedback drpd patient yg senasib. Susu kuda liar,ubat herba leukemia,4life transfer factor,lentin immune boost dan mcm2 lagi yg pak cik pernah beli untuk abang dia tersyng.Sehari mungkin sampai 10 ubat abah telan tapi most of the time abah tak tunjuk depan anak2.Itulah value yg ada pd my parents- don’t show somethg that cause worry to your child. Sebolehnya abah n mak nak rahsiakan kesusahan yg mereka tggng demi untuk memberi semngat pd anak2 meneruskan hidup dgn happy. Dan tadi masa hati ini x tenang slps baca Ya Sin, I made call to abah. He asked me to not worry of him and he asked me to take care of my health. Oh, too concern of him,walaupun abah yg sakit sebenarnya.

Sesungguhnya penderitaan setiap org amat berbeza, life is not easy.setiap org diuji untuk mengetahui siapakah diantara kita yg lebih baik menghadapinya,siapakah yg lebih beriman. We have to go through,face it with tabah and sabar and the most Solat. All this pesanan Allah dah sampaikan pd aku dan kita semua sejak 1400 tahun dahulu. Dan pesanan ustaz Hasbullah dan lecturerku Dr Norazlina yg sering memujuk kedukaanku (terima kasih wahai guruku) ialah agar banyakkan membaca Ya Sin dan doa Hasbunallhu wani'mal wa kiil ni'mal maula wa ni'mannasiir....bersambung…..



Permulaan



Get ISLAMIC-Graphics